Friday, August 7, 2009

vc

Armageddon - The best film ever!

Hi... Here, I want to share with you all one of my favourite movie of all time that is “ Armageddon”. First of all... Armageddon is the best film so far by Michael Bay in 1998 . Armageddon is different film compared with others. It’s very enjoyable, funny, thrilling. Also it was great to watch in this film were the special-effects, especially the disaster scenes with the meteors hitting the earth. The scenes in here were beautiful.

This is a beautiful movie perfect for emotions!!!!! This movie was the best ever the end was so sad. The part where Bruce Willis's character talks to his daughter for the last time before he sacrificed himself to save the world was so touching. The philosophy here is

“Love isn't great when it's you're life.However after its gone it leaves such an empty space’. So great!!!
The actors are all fine, Bruce Willis is great as Harry, Ben Affleck is also great actor while Liv Tyler is so beautiful.

This movie has everything that you would want in a movie that you want watch over and over again. I loved this movie as one of my favorite action movies. You have to see this movie!!! The best film ever!!!



Wednesday, July 22, 2009

Blue Is The Colour

Salam semua. Lm gak x ketemu. Kali ni ak terpikir nk cite ckit psl team football. Tb2 mai idea nk tls psl Team Chelsea. Rasanye rmai y xtaw @ xbminat nk taw psl team ni. So org kate x knal maka x cinte.so ak harap korang akn jatuh cinte kt team nie. hehehehe


PEMILIK CHELSEA
Kalo korang nk taw ini lah empunya empayar Chelsea, Roman Abramovich . Dye adalah orang Russian. Dye nie merupakan pencetus era kebangkitan Chelsea. Dye ambl alih Chelsea pd musim 2003/2004. Kalau korang nak tau lg beliau merupakan usahawan minyak Rusia dengan memiliki kekayaan berjumlah £11.7 bilion (RM73.1 bilion). Dengan kekayaan yang dimiliki, setelah mengambil alih Chelsea, langkah 1st beliau adlh mendapatkan Jose Mourinho sbg coach baru Chelsea yang telah membuktikan kehebatan dengan membawa FC Porto memenangi UEFA Cup pada 2003. Masa ni aku lom knal lg sape J. Mourinho nie…..


Transformasi Coach Chelsea


1. Jose Mourinho Dye ni coach Chelsea plg berjaya. Famous ngan karakter ego n full confident. Kalo dye nk dye akn usaha smpai dpt. Lg 1 dye ni jnis mulut lepas. Sbb 2 rmai coach team ln x suke ngan dy. Tp kehebatan dy dr segi taktikal mmg xley nk d ragui. Sbb 2 Ak mmg suke tgk karakter dye.. Kt Chelsea nie dye d gelar ‘ The Special One’ n mnjadi ksayangan fan club Chelsea. Antara kjayaan beliau d Chelsea adlh:

i. Chelsea win Barclays Premiership and League Cup
ii. Chelsea win Barclays Premiership
iii. Win FA Cup and League Cup.

Sbb 2 la ak mmg respect sgt kt mamat nie. W/pun akhrnye dye di pecat oleh Roman ekoran perselisihan faham atr mrk n jg ekoran prestasi The Blues yang smkn merudum.. Anyway Mr J. Mourinho nie ttap hero di mata The Blues based pncapaian n karektor y dimilikinye…..
Summary= Ego + taktikal + hensom → The Special One.


2. Avant Grant

Dy ni dilantik oleh Roman setelah Jose Mourinho dipecat. Sedeh tol fan Chelsea time 2 bl taw cite nie. Jose bwk diri mngembara ke Inter Milan. Avant ni mrpkan penolong Jose sms di Chelsea. Di bawah beliau, x byk kjyaan di kecapi oleh The Blues.. Jodoh beliau ngan Chelsea jugak x lm coz di pecat oleh Roman..

3. Luiz Felipe Scolari
Kehebatan Big Phil Scolari ni ml di sedari sms dy mnjadi nadi kjayaan Portugal dalam saingan EURO 2008. Roman terus mendapatkan khidmat coach nie dgn harapan dy mmpu m bawa Chelsea ke tahap era kjayaan Jose Mourinho. Namun, nasib dy sm gak ngan Avant Grant. Hanya tujuh bulan Scolari mampu bernyawa di “Stamford Bridge” sblm di pecat oleh Roman.

4. Gus Hinddink

Slps Scolari di pecat, mood pemain Chelsea mkin down. Kekalahan demi kkalahan melanda team ini. Justeru, Roman bertindak mndapatkan khidmat Gus Hinddik y sms ni msh mrpakan coach kebangsaan Russian. Masa 2 hub baek atr Roman n pngurusan team Kbangsan Rusiian mmbolehkan Hiddink d pinjam dan seterusnye di lantik sbg pengurus sementara Chelsea untuk menamatkan saingan pd musim ini. Berita tersebut mngembirakan seluruh team dan penyokong Chelsea. Sape x knal dy nie beb!! Record beliau mmg fantastic.. Beliau bjaye membawa team Korea Selatan (Fourth Place 2002 FIFA World Cup), Australia (Second Round 2006 FIFA World Cup) dan team Russian (Semi Final UEFA EURO 2008).

Selepas mngmabil alih pngurusan, beliau bjaye menaikkan kmbali moral pemain utk terus brjuang. Hasil positif percaturan taktikal mmg diakui dgn kmenangan berterusan utk mncabar Man U dan Liverpool. Taktikal y aku respect sgt masa Chelsea vs Liverpool ms suku akhir Liga Juara-Juara. Best sgt match awl pg 2. Melopong fan Liverpool dgn kekalahan tean mreka. Hahahaha… Pas 2 Chelsea leh p separuh akhr lwn dgn Barcelona. Pusingan 1st y maen kt tmpt lwn kesudahan seri 0-0. Taktik bertahan Chelsea bjaye mematikan langkah Barca y lps je abs game trus kutuk corak game Chelsea.. Hiddink cool je.. Then mula pusingan ke 2 kt Stamford Bridge. Kali ni taktikal Chelsea mkn mantap smpai Barca byk bertahan. Maichael Essein bjaye score 1st gol Chelsea mlm 2. Dgn kedudukan e2 pluang Chelsea mara ke final terbuka luas dgn klbhan 1 gol. Ak n Pojiey mmg hapy giler pg 2. W/pun muncul lak c pengacau Iniesta. Mamat ni pulak musnahkan harapan puluhan jutaan fan Chelsea dgn score minit2 last. Ak mmg KECEWA+SAKIT HATI+RS NK BUNUH MAMAT 2. Mmg xde nasib mlm 2.

Ttup cite psl Liga Juara-Juara. Pluang Chelsea tuk juara liga gak mmg da tertutup. Chelsea just muncul tmpt ke 3 d blakang Liverpool n Man U. Bg ak pncapaian 2 kire da baek dgn masa y suntuk diberikan kpd beliau tuk membimbing Chelsea. Penamatan kerjaye beliau adalah membawa Chelsea menjulang Piala FA dengan kemenangan 2-1 yang dilakar ke atas Everton pada final Piala FA. Suasana hapy n sedih menyelubungi team Chelsea pd mlm 2 coz dlm masa merayakan kjayaan team mereka juga terpaksa melepaskan Gus Hiddink utk mmbolehkan beliau kembali ke pangkuan Skuad Kebangsaan Russian..

5. Carlo Ancelotti


Semasa Hiddink membimbing Chelsea sudah ad perkabaran bahawa Roman akan membawa masuk Ancelotti ke Chelsea. Ak jugak amat respect kt mamat nie. Tgk record beliau mmg bukan calang-calang Coach. Antara kjayaan beliau y sinonim dgn team Ac Milan adlh: (UEFA Champions League: 2002-03, 2006-07, UEFA Super Cup: 2003, 2007 and FIFA Club World Cup: 2007). Hopefully beliau mmpu bawa Chelsea ke tahap lbh gemilang drp era Jose Mourinho... Welcome Ancelotti to Stamford Bridge


Info Menarik Ttg Chelsea F.C


· Sejak Mourinho disingkirkan pada 2007, Chelsea telah dibimbing tiga pengurus dan Abramovich dijangka melantik jurulatih AC Milan, Carlo Ancelotti sebagai pengurus baru The Blues.
· Dgn kuasa wang y dimiliki oleh Roman Abramovich, beliau mampu mendapatkan apa y ingin di miliki.. Tukar Coach mcm tukar baju.hehe.....

Friday, March 27, 2009

Mom & Dad



I can’t repay the lessons
That you taught when I was small.

Or give you gift for gift
The daily treasures I recall...

I can’t return encouragement
And loving words of praise.

In quite the way you did for me
Through all my childhood days.

But there is one gift that I can give,
It’s all the love you’ve earned.

For love is what you always taught...
And love is what I learned.


Mom & Dad,
Words can not express the gratitude that I feel!
Thanks & Love…

Thursday, March 26, 2009

Tahukah Anda : Manusia Terkaya Di Dunia?

Menurut laporan Majalah Forbes pada 11 Mac 2009, individu terkaya di dunia kini adalah Bill Gate. Nilai kekayaan terkini beliau ialah US$56 Bil (RM196 Bil)...

  1. Bill Gate memperolehi pendapatan sebanyakUS$250 (RM875) setiap SAAT, Ini bermakna US$20 Million (RM70 Juta) dalam sehari dan US$7.8 Billion (RM27.3 Bilion) dalam setahun!
  2. Sekiranya US$1,000 tercicir dari poketnya, itu bukannya masalah besar bagi dia. Jumlah sebanyak itu akan diperolehi kembali dalam masa 4 saat sahaja.
  3. Kerajaan Amerika menanggung hutang berjumlah 5.62 trillion. Jika Bill Gate sudi menjelaskan hutang tersebut, dia cuma memerlukan 10 tahun sahaja utk melakukannya.
  4. Sekiranya dia memberikan US$15 (RM52.50) kepada setiap orang di dunia ini, dia masih memiliki US$5Million (RM17.5 Juta) dalam simpanannya.
  5. Michael Jordan iaitu seorang pemain bolakeranjang yang merupakan atlit yg bergaji paling tinggi sekali di US. Sekiranya dia tidak makan mahupun minum dan tidak menggunakan hasil pendapatannya katakan US$30 Million, dia terpaksa menunggu selama 277 tahun utk berada di kedudukan Bill Gate sekarang.
  6. Seandainya kita umpamakan Bill Gates sebagai sebuah negara, dia merupakan negara yg ke 37 terkaya di dunia.
  7. Katakanlah Bill Gate menukarkan kesemua wangnya menjadi US$1 dan menyusunkan wang tersebut dari bumi hingga ke bulan. Kita memerlukan perjalanan ulang-alik sebanyak 14 kali. Perjalanan itu juga merupakan perjalanan tanpa henti selama 1,400 tahun serta memerlukan sejumlah 713 kapal terbang BOEING 747 untuk membawa wang tersebut.
  8. Usia Bill Gates sekarang dalam lingkungan 50an. Katakanlah dia boleh hidup 25 tahun lagi, dia perlu membelanjakan US$6.78 Million (RM23.73 Juta) dalam sehari utk menghabiskan wangnya sebelum dia meninggal dunia.

Sunday, March 22, 2009

PILIH KERJAYA SESUAI MINAT

Assalamualaikum...

Kerja oh kerja. Sukarnya rakyat Malaysia kini untuk memilih kerja. Peluang pekerjaan terbuka meluas tetapi gagal dimanfaatkan sepenuhya oleh penduduk tempatan. Dalam konteks ini, ketika negara menuju puncak kecemerlangan, pelbagai peluang pekerjaan tersedia. Bagaimanapun, tenaga kerja mula berkurangan sehingga memaksa kemasukan ramai pendatang mengisi kekosongan bagi meneruskan pembangunan. Keadaan ini tidak mungkin berlaku sekiranya masyarakat tempatan peka akan tanggungjawab kepada negara. Mereka tidak seharusnya memilih pekerjaan, asalkan ia memberi pulangan halal dan memuaskan.

Inilah masalah sebenar masyarakat Malaysia, bukan malas tetapi memilih. Penyakit ini sudah lama bersarang. Biarpun berjawatan tinggi, bergaji lumayan, sampai waktu anda berasa bosan dengan pusingan kerja sama. Ini menyebabkan ramai suka lompat kerja, hanya mencari suasana dan cabaran baru. Bagaimanapun, sampai bila keadaan itu berlanjutan? Tiba masa, anda akan sampai penghujung dan sedar kesilapan diri. Anda perlu menerima hakikat serta belajar menghargai kerjaya anda.

Ada juga benci kerjaya sendiri, menyebabkan anda sering mengeluh, berasa tidak puas hati dan tertekan paling menyeksakan waktu bangun pagi…terasa amat payah memikirkan kebosanan yang perlu dilalui. Peliknya, anda masih bertahan meneruskan kerjaya itu dalam keadaan tidak memberangsangkan. Anda terpaksa menentang kebosanan bagai melawan penyakit serius, bagi mengekalkan kedudukan dan mengharungi cabaran rakan sekerja.

Sekiranya ada mencadangkan anda bertukar kerjaya, anda memberi pelbagai alasan seperti soal anak, gaji, pinjaman belum langsai dan suasana pejabat. Akhirnya anda terperangkap dalam keadaan yang anda pilih. Ini kerana anda percaya, cara terbaik ialah mengekalkan kerjaya dan menerima kebosanan asalkan bergaji lumayan.

Jelas, mesej penyakit ini bermaksud jika inginkan kejayaan, anda mesti berani menerima cabaran dan menderita. Bagaimanapun, anda tidak perlu derita untuk hidup senang. Anda wajar lakukan sesuatu yang anda minati dan memberi pulangan lumayan. Misalnya ahli sukan, ahli perniagaan, pelukis dan penulis novel. Semua kerjaya ini memerlukan minat dan bakat. Melaluinya anda berupaya memperolehi pendapatan tanpa sebarang tekanan dan berasa jemu. Contoh: Anda gemar membaca komik dan menonton video kartun. Bagi anda, kegemaran itu dapat melegakan ketegangan dan menghilangkan kerunsingan. Anda boleh mengambil langkah berani, membuka kedai komik kecil dan jadikan ia tempat pertemuan peminat komik.

Apabila bertambah maju, pilih ruang kedai lebih selesa, sediakan tempat minuman agar pelanggan boleh memilih komik dengan selesa. Mereka juga boleh berkongsi pengalaman sambil minum dan menonton video kartun. Cara itu perniagaan anda berkembang maju. Justeru, anda membuktikan pendapatan lumayan boleh diperolehi melalui kerjaya, disertai minat, kesabaran, ketekunan dan keseronokan.

Lazimnya, anda mengasingkan kegiatan harian kepada tugas dan santai. Anda turut berpendapat, kerja boleh menghasilkan wang, sedangkan santai tiada pulangan. Kata-kata ini sering diluahkan ibu bapa, agar anda dapat membezakan yang baik dan tidak baik. Pun begitu, kerjaya dan keseronokan perlu seiringan. Jika kerjaya sealiran minat, pasti ada keseronokan dan kreativiti pun bertambah. Anda tidak berasa jemu kerana sentiasa diwarnai perkara baru untuk dicuba.

Contoh: Seorang telefonis jemu dengan tugasnya. Setiap hari dia merungut tetapi masih mengekalkan jawatannya dengan alasan, ia jaminan masa depan dan syarikat menawarkan beberapa ganjaran menarik. Dia mengisi masa 40 jam seminggu dan terpaksa melalui 48,000 jam kebencian dan kebosanan sebelum bersara. Disebabkan perasaan bosan dan benci itu, dia semakin cuai menjalankan tugas dan sering menerima amaran daripada ketuanya.

Dia berasa tidak dihargai dan mula memburuk-burukkan syarikat. Sikapnya mendapat perhatian suami, yang mencadangkan supaya dia berhenti kerja. Ini menambah marahnya dan beranggapan suami tidak langsung memberi nasihat positif. Tekanan perasaan ini mengganggu tugasnya. Dia sering diserang sakit kepala dan untuk menghilangkan tekanan, dia beralih kepada makanan ringan. Berat badannya bertambah. Doktor mencadang dia bersenam tetapi nasihat itu hanya diikuti beberapa minggu sahaja. Alasannya letih dan apabila pulang ke rumah, dia tidak dapat memasak untuk keluarga.

Perubahan sikapnya berkesan bukan sahaja kepada tugas dan kesihatannya malah menjejas hubungan kekeluargaan. Ada beranggapan contoh ini keterlaluan, tetapi dalam kehidupan, semuanya mungkin. Cuba perhati sekeliling anda, adakah rakan sekerja berpenyakit ini atau mungkin anda sendiri dibelenggu masalah itu? Menyenangi kerjaya membuat kan anda seronok dan semangat berkorban untuk bekerja. Secara langsung ini memberi rangsangan baik kepada minda.

Penting menyenangi apa anda lakukan, ini meningkatkan keyakinan diri. Jangan jadikan masalah sekeliling mengganggu tumpuan tugas. Masa depan ada di tangan anda. Anda berhak mencoraknva.

Menjadi Pendengar Yang Baik


Assalamualaikum...
Betul juga kata seseorang 'diam tu lebih baik'. Kadang-kadang apabila kita mendiamkan diri ketika orang lain sedang marah-marah menyebabkan orang berkenaan akan reda kemarahannya. Namun di ketika yang lain pula, jika kita terus mendiamkan diri kita kan terus ditekan, dikecam dan berbagai lagi malah dituduhnya bersalah. Sebenarnya sikap mendiamkan diri kena pada masa tertentu namun tidak sesuai pada ketika yang lain. Sepatutnya kita bukan mendiamkan diri, tetapi menjadi pendengar yang baik.

Menjadi pendengar yang baik adalah segala-galanya bagi memulakan komunikasi yang berkesan dalam keluarga. Cuba perhatikan anak-anak, suami dan jiran di sekeliling anda. Rata-rata ramai yang pandai dan kerap bercakap namun kurang mendengar. Lebih-lebih anak-anak dalam usia meningkat remaja agak susah untuk mendengar arahandaripada ibubapa, kecuali ada cara tentu anak mudah mengikut telinjuk kita.

Sebenarnya memang sedikit mereka yang benar-benar menjadi pendengar yang baik. Kajian menunjukkan mereka yang berjaya dalam hidup hampir semuanya merupakan seorang komunikator yang berkesan dan menjadi pendengar yang baik. Malah mereka yang mempunyai kemahiran sosial dan perhubungan awam yang baik terdiri daripada komunikator yang pandai berbicara dan dalam masa yang sama juga menjadi pendengar yang pintar.

Oleh kerana tidak menjadi pendengar yang baik, maka anak-anak sering bermasalah. Mereka lebih suka meluahkan perasaan di kalangan rakan sebaya mereka. Ini disebabkan rakan sebaya lebih memahami dan mendengar segala luahan perasaan berbanding orang yang lebih dewasa. Faktor tidak wujudnya pendengar yang baik juga salah satu penyebab keretakan dan pergaduhan rumah tangga. Lebih-lebih lagi kerana hanya satu pihak sahaja yang menjadi pendengar atau terpaksa mendengar, manakala satu pihak yang lain sering sahaja yang bercakap atau memberi arahan.

Terdapat dua sebab utama kenapa kita mesti mengetahui rahsia untuk menjadi pendengar yang baik. Pertamanya setelah anda sanggup mendengar dengan baik, anda mempelajari apa yang anda tidak ketahui selama ini. Memang benarlah bahawa selalunya kita tidak ketahui kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri kita sendiri. Kita lebih mudah menangkap dan melihat kelemahan orang lain.

Kedua, manusia hanya mengutamakan mereka yang menjadi pendengar yang baik. Lebih-lebih lagi di tempat kerja dan mana-mana organisasi mengutamakan orang yang mudah mendengar arahan, patuh dan bertindak pada arahan. Di rumah pula kita kan lebih sayang dan mudah berbicara dengan anak yang 'suka mendengar cakap' berbanding dengan 'anak yang susah mendengar cakap'.

Mereka yang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik terdiri daripada mereka yang tahu bila dia perlu memperkatakan sesuatu, dan bila pula masanya untuk diam dan menjadi pendengar yang baik. Bila waktu diam dan mendengar dan bila pula memberi peluang orang lain bercakap. Oleh itu, mendengar yang baik bermaksud satu proses mencerap dan merakam butiran kata-kata atau ucapan daripada sumber atau si perucap sambil memikirkan apakah yang perlu diberikan perhatian, mana perkara pula yang perlu diketepikan. Juga pendengar yang baik mengutamakan tindakan yang perlu diambil hasil daripada mendengar atau mencerap itu.
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil untuk anda menjadi pendengar yang baik:
  • Wujudkan suasana yang mesra dalam perbualan atau interaksi.
  • Dengar dengan teliti apa yang sedang diperkatakan.
  • Berikan perhatian sepenuhnya.
  • Berikan 'eye-contact' atau kontak mata.
  • Lihat tepat ke dalam anak matanya.
  • Anggukan kepala sebagai tanda gerak balas anda.
  • Ikuti perbualannya dengan berkata, "ya…ya…aha", gitu".
  • Cuba selami perasaan orang yang sedang bercakap dan hayati ceritanya.
  • Ubah mimik muka anda seiring dengan perkara yang dipertuturkan. Misalnya, jangan pula sesuatu perkara yang sepatutnya anda terkejut tetapi anda buat tidak tahu pula.
  • Elakkan dari mengkritik.
  • Jangan menyampuk dan memotong cerita yang belum selesai.
  • Susuli dengan soalan-soalan sebagai tanda yang anda memang mendengarnya dengan penuh minat.
  • Ulangi apa yang dibicarakan sebagai tanda anda faham atau untuk memastikan apa yang anda fahamkan itu betul.
  • Cuba bertindak pada perkara yang difikirkan betul.

Untuk menjadi seorang yang mempunyai kemahiran sosial yang baik, anda perlu mempraktikkan kaedah yang diberi di atas setiap hari sehingga ia mula menjadi tabiat baru anda. Mungkin di peringkat awal kita agak janggal dan canggung melakukannya. Namun lama-kelamaan akan membuah hasil yang di luar jangkaan anda sendiri.

Untuk itu anda perlu juga membuat latihan seperti dalam menjawab telefon di mana kita mesti membalas cakap dengan menjawab, "Ya… eh… aha, " dan sebagainya. Atau gunakan kaedah bercakap sendiri dan menghadap cermin sambil melihat watak dan raut muka anda sendiri seolah-olah anda sedang mendengar. Atau perhatikan mereka yang mempunyai sifat pendengar yang baik ketika mereka berbual atau bersembang.

Jika usaha ini dijalankan secara serius, insya-Allah ia akan mendatangkan hasil. Rakan-rakan mula menjadikan anda teman karibnya. Orang bawahan anda mula menghormati anda sebagai ketua. Begitulah berkuasanya bila anda mahu menjadi pendengar yang baik. Anda akan mula disenangi dan disegani.

Kongsi Perasaan Anda


Perasaan kita boleh berubah-ubah. Anda mungkin merasa gembira, putus harapan, sedih, marah dan kecewa. Bila perasaan tidak dapat dikawal, ia akan menjadi masalah. Anda perlu menangani masalah tersebut dengan berkesan:

Kenapa seseorang memendamkan perasaan
  • Malu

  • Takut menjadi bebanan kepada orang lain

  • Terlalu peribadi untuk dibincang

  • Berpendapat diri sudah matang dan tahu bagaimana untuk mengatasinya

  • Bimbang akan reaksi orang lain

  • Berpendapat tiada siapa mahu mendengar dan memahami

  • Takut dianggap lemah jika tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri

  • Memikirkan ianya hanya perkara kecil sahaja

Bagaimana mengendalikan perasaan anda

  • Ketahui perasaan anda

  • Luahkan perasaan anda

  • Dengar pendapat orang lain tentang perasaan anda

  • Kongsi perasaan anda dengan pasangan hidup, ahli keluarga, rakan, jiran, pemimpin agama, ahli kelab, doktor, kaunselor dan lain-lain

Kebaikan yang Diperolehi Apabila Anda Berkongsi Perasaan

  • Merasa lega

  • Mengurangkan tekanan

  • Anda mungkin dapat mencari penyelesaian kepada permasalahan anda

  • Anda akan menyedari orang lain juga mempunyai masalah

  • Masih ada orang yang mengasihi dan mengambil berat terhadap diri anda

Wednesday, March 11, 2009

What Fruit are You?


A-P-P-L-E- (If you are taken.)

B-L-U-E-B-E-R-R-Y- (If you absolutly adore someone.)

B-A-N-A-N-A- (If you are confused.)

C-H-E-R-R-Y- (If you like someone but not sure how they feel about you.)

G-R-A-P-E- (If your single.)
L-E-M-O-N- (If you have given up.)

P-E-A-C-H- (If there's no point in liking the person you like.)

P-I-N-E-A-P-P-L-E- (If your just taking life as it comes.)

S-T-R-A-W-B-E-R-R-Y- (If you like someone and they like you but you're not going out.)


Belinda Ntow

The Road Not Taken


Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I marked the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

Robert Frost

Tuesday, March 10, 2009

Tahukah Anda...?


1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa Melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

3. Tahukah Anda Persatuan Cintai Hidupan Liar diasaskan oleh Richard Martin dari Ireland pada tahun 1824. Lagu Bola Sepak Dunia 1998 yang ditujukan khas buat pemain, peminat serta persatuan2 bolasepak amnya pula dinyanyikan oleh Ricky Martin.

4. Tahukah Anda hanya enam bahasa digunakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu bahasa Inggeris, perancis, Arab, Cina, Rusia dan Sepanyol. ianya akan bertambah menjadi tujuh bahasa jika ada perwakilan yang menggunakan bahasa pasar atau bahasa kesat. (bahasa yang ke tujuh hanya biasa digunakan room dot dot dot)

5. Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

9. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

10. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

11. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

12. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, akhlak kereta kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

Friday, February 27, 2009

Guru : Menjana Modal Insan Gemilang


GURU diberi tugas untuk menjana modal insan gemilang. Hal ini bukanlah satu perkara yang baru tetapi memang matlamat atau impian bagi setiap guru terhadap pelajar-pelajarnya dalam mengharungi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Insan gemilang adalah puncak daripada kejayaan yang membawanya ke arah kecemerlangan.

Kejayaan pula ialah penggunaan secara maksimum kebolehan yang ada pada diri seseorang untuk menghasilkan pencapaian. Dalam hal ini kebolehan ialah potensi atau fitrah yang dikurniakan oleh Allah yang harus dikembangkan secara menyeluruh, bersepadu dan berterusan sepertimana yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru, untuk membawa seseorang pelajar itu ke arah kegemilangan, maka ia harus bermula lebih awal iaitu melalui proses memperkembang potensi individu secara berterusan.

Melentur buluh biarlah daripada rebungnya! Potensi individu mampu dikembangkan secara berterusan melalui aktiviti kurikulum mahu pun kokurikulum. Guru harus mengintegrasi dan menggandingkan pelbagai kemahiran dengan ilmu yang diperlukan oleh pelajar dalam proses P&P. Inilah modal yang perlu dimiliki oleh setiap insan dalam kehidupan yang serba mencabar. Ilmu dan kemahiran bagaikan irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan.

Kita tidak mahu melahirkan pelajar hanya bersifat ulat buku tetapi perlu melahirkan pelajar yang diumpamakan akar pokok yang sentiasa menjalar meniti zaman bagi mengukuhkan pohon tersebut. Ulat buku adalah hasil daripada perpindahan ilmu daripada pelbagai sumber ke otak manusia tanpa melalui proses transformasi yang akhirnya akan mati kekenyangan. Akar pokok ialah perpindahan ilmu yang membawa kepada penerokaan, inovasi yang berlandaskan survival atau keinginan untuk hidup serta memahami falsafah kehidupan secara lebih bermakna.

Garis panduan tentang pengintegrasian kemahiran sudahpun dibuat dalam kurikulum kebangsaan. Ia merangkumi pelbagai strategi P&P, strategi penjanaan minda kritis dan kreatif, pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran serta pelbagai kaedah dalam pemupukan nilai-nilai murni yang merangkumi semangat patriotik. Persoalannya sekarang sejauh manakah pengintegrasian ini dapat diwujudkan serta dilaksanakan secara berkesan.

Pada pandangan saya, guru harus memahami proses pengintegrasian ini agar P&P tidak hanya berperanan sebagai pemindahan ilmu tetapi mampu menerapkan kemahiran melalui perkembangan potensi yang akan membawa perubahan ke atas dirinya. Sebagai contoh, sesuatu aktiviti pembelajaran sama ada dalam bentuk kurikulum atau kokurikulum perlu mempunyai unsur pengintegrasian seperti berikut yang merangkumi aspek ilmu dan kemahiran:

(a) Perkembangan ilmu: Pendedahan ilmu merangkumi teori, prinsip, konsep terhadap sesuatu topik pembelajaran.

(b) Perkaitan dengan kehidupan: Guru harus mampu menyedarkan pelajar tentang perkaitan antara ilmu yang dipelajari dengan kehidupan masa sekarang serta kehidupan masa depan yang merangkumi kepentingan ilmu yang dipelajari, bidang kerjaya yang boleh diceburi, sumbangan yang boleh diberi, keperluan serta penyelidikan yang perlu dicari, inovasi yang perlu dibuat, kesan dan akhibat yang akan diterima serta keperluannya kepada negara.

(c) Perkembangan kemahiran belajar: Dalam proses penimbaan ilmu guru harus menggalakkan penggunaan pelbagai strategi, kaedah yang merangkumi kemampuan menggunakan alat berfikir (thinking tools) dalam menganalisis atau mentafsir yang membawa kepada penyelesaian sesuatu masalah serta aplikasi pelbagai mod pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam proses mengakses atau memproses maklumat.

(d) Perkembangan kemahiran generik: Melalui beberapa langkah atau prosedur, sesuatu aktiviti pelajar mampu membina sahsiah seperti keyakinan diri, toleransi, pengurusan masa, bekerjasama, sayang menyayangi yang membawa ke arah menghargai nilai kehidupan.

Pengintegrasian di atas mampu menjadikan insan lebih bermodal bukan setakat bermodalkan ilmu pengetahuan tetapi bermodalkan kemahiran yang menjadi faktor penggerak ke arah tindakan yang membawa makna dalam kehidupan...

My Treasure - For Mom

My Treasure - For Mom
by Kit McCallum


I look back on these years

To see how far I've come and grown,
I take a trip down memory lane,
And what I see has shown ...

That every step I've taken,
You have been there by my side ...
From infancy to adulthood,
We've stood the test of time.

You cradled me and nurtured me,
Through all these many years;
You held me and did comfort me,
Through happiness and tears.

You'd pick me up when I would fall,
You'd dust me off and then,
Encourage me to get back on
That horse and ride again.

Your constant care and loving,
And your warm inviting heart,
Has always been a treasure that
I knew would n'er depart.

If I could be "just half" the person
You have been to me ...
Then you have taught me well dear mom,
For in my heart I see ...

A woman whose most gentle soul,
Embraces me each day ...
A woman whom I dearly love,
Much more than words can say.

Tq Mom….

Monday, February 23, 2009

Menyesal Kemudian Tiada Gunanya…

MUNGKIN ramai di antara anda yang kerap kali diberi peringatan bahawa menyesal kemudian tiada gunanya. Peringatan ini penting kerana setiap tindakan yang dilakukan pada masa ini memberi kesan yang mendalam pada masa akan datang.

Kadangkala sesuatu yang dilakukan itu tanpa disedari. Agak menyedihkan kerana apa yang dilakukan adalah sesuatu yang merugikan. Kesedaran hanya akan berlaku apabila perbuatan itu telah berlalu dan akhirnya segala kekesalan itu tidak lagi dapat membantu diri kita.

Sebagai seorang murid sekolah kita seringkali diingatkan supaya menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran tanpa melibatkan diri dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Terdapat segelintir murid yang tidak mengendahkan peringatan ini. Mereka mudah terlupa atau sengaja melakukan perkara-perkara tersebut untuk mencabar segala peringatan yang diberikan. Lantas mereka telah melanggar disiplin sekolah seperti ponteng sekolah, tidak mengikut arahan guru, merosak harta benda sekolah dan awam, melepak di tepi jalan atau di pasaraya, tidak menghabiskan tugasan yang diberikan oleh guru serta tidak menghormati guru.

Manakala di rumah pula nasihat ibu bapa tidak dipedulikan. Keadaan menjadi buruk apabila kedua-dua ibu bapa bekerja dan tidak mempunyai banyak masa untuk bersama-sama dengan mereka. Alasan ini dijadikan sebab kenapa mereka terbiar dan tidak mendapat bimbingan yang baik. Semuanya ini hanyalah kerena mereka inginkan kebebasan serta keseronokan tanpa mempedulikan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar.

Kebiasaannya murid yang mempunyai sifat seperti ini tidak mampu berhadapan dengan pelajaran. Mereka kerap berasa bosan ketika belajar kerana fikiran mereka tertumpu ke arah hiburan dan keseronokan. Walaupun dikenakan paksaan, namun jiwa mereka masih keras dan tidak mudah untuk membuat perubahan diri.

Walau bagaimanapun perubahan hanya akan berlaku apabila seseorang itu menerima musibah. Ia mungkin berbentuk kegagalan dalam peperiksaan, kemalangan atau menghadapi kesempitan dalam kehidupan. Sebagai contoh seseorang murid akan menyesal apabila melihat rakan-rakan mereka berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan atau menerima padah seperti terlibat dalam kemalangan sama ada kemalangan jalan raya atau kerosakan harta benda sendiri.

Pada ketika itu barulah perasaan sedih, pilu dengan penuh kekesalan akan dirasai. Tetapi menyesal kemudian tiada gunanya terutamanya yang melibatkan nyawa serta harta benda. Oleh itu sementara kita masih mempunyai ruang dan masa, marilah kita renungi tindakan yang sedang kita lakukan. Jika kita seorang murid, pastikan kita menggunakan sepenuh masa untuk belajar terutamanya yang akan menduduki peperiksaan. Pastikan anda membuat persiapan yang rapi sebelum tibanya hari peperiksaan. Jangan menunggu hingga ke saat-saat akhir untuk membuat ulang kaji. Perbuatan sia-sia itu haruslah dihentikan segera tanpa memberi apa-apa alasan yang hanya bertujuan untuk mempertahankan kebebasan diri. Jangan biarkan masa yang terluang ini berlalu tanpa satu tindakan yang berfaedah.

Semoga segala peringatan yang diberikan oleh guru serta kedua ibu bapa diberi perhatian agar anda tidak akan menyesal di kemudian hari.

Sunday, February 22, 2009

Belajar Melalui Teknik SQ3R

PELBAGAI teknik boleh digunakan oleh pelajar untuk memudahkan pemahaman pembacaan bahan. Salah satu daripadanya dikenali sebagai SQ3R. SQ3R singkatan kepada perkataan Survey (tinjau), Question (soal), Read (baca), Recall (ingat semula), Review (mengulang). Teknik ini amat sesuai digunakan oleh pelajar ketika membuat rujukan dan mengumpul bahan untuk tujuan penulisan tugasan. Langkah berikut boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan:

Survey (tinjau): Pada tahap ini pelajar hanya perlu membaca secara keseluruhan bahan tersebut termasuk pada bahagian pengenalan, tajuk dan tajuk kecil serta meneliti sebarang carta, gambar, lakaran rumusan serta maklumat lain yang berkaitan secara sepintas lalu. Pelajar tidak perlu mengingat atau menghafal fakta-fakta yang dibaca.

Question (soal): Selepas membaca secara keseluruhan pelajar harus bertanya apa yang diketahui secara kasar? Adakah ia bertentangan dengan pemahaman anda? Adakah isinya berkaitan dengan tajuk atau bahan yang dicari? Apakah yang menarik pada bahan ini ? Adakah fakta-faktanya dapat menyokong tugasan yang dibuat?

Read (baca): Baca pada bahagian-bahagian yang berkaitan sahaja yang dianggap penting dan releven. Bacaan ini adalah hasil daripada apa yang anda telah tinjau dan soal. Sebagai contoh, ketika meninjau anda telah mengenal pasti beberapa carta, lakaran atau maklumat yang penting. Oleh itu bacaan anda perlu tertumpu ke arah ini. Begitu juga keadaannya ketika anda mengemukan soalan. Jika anda dapati soalan-soalan yang dikemukakan hasil daripada pembacaan relevan dengan tugasan yang hendak anda lakukan, maka pembacaan secara menyeluruh harus dilakukan pada bahagian tersebut.

Recall (ingat semula): Mengingat semula dan memahami apa yang dibaca adalah penting untuk tujuan mengumpul fakta. Untuk itu adalah wajar pada peringkat ini pelajar menggaris, mewarna, mencatat nota serta merumus pada bahagian-bahagian yang penting. Anda juga boleh menyebut semula fakta-fakta tersebut secara lisan.

Review (mengulang): Apabila fakta-fakta penting telah dapat dikumpul, maka anda perlu mengulangi bacaannya beberapa kali. Untuk tujuan hafalan jika ia memerlukan anda berbuat demikian, pengulangan perlu dibuat setiap hari pada bahan yang anda kumpulkan itu.

SQ3R sekurang-kurangnya mampu memberi satu halatuju ketika membuat pembacaan serta pengumpulan isi. Tanpa ada sesuatu teknik, pelajar tidak mempunyai fokus dan akhirnya rasa bosan akan menjejaskan tugasan. SQ3R juga sesuai dijalankan secara kumpulan kecil. Walau bagaimanpun penentuan topik serta kesungguhan penyertaan ahli kumpulan adalah faktor yang penting untuk menjayakan teknik pembelajaran ini secara kumpulan.

CiKgU. Net





Friday, February 20, 2009

Padam `Senarai Hitam' 2008



SETAHUN yang berlalu membawa kita ke pelbagai peristiwa pahit dan manis dalam melayari kehidupan. Peristiwa pahit memerlukan penambahbaikan manakala peristiwa manis memerlukan proses kesinambungan. Peristiwa yang dialami mampu memperkasa diri ke arah membentuk satu perubahan yang positif dan produktif melalui nilai dan etika yang menuju ke arah kecemerlangan. Sebagai seorang pelajar, segala bentuk perlakuan yang negatif serta teguran yang positif oleh orang lain harus diberi perhatian dan tindakan segera.

Dalam hal ini ciri-ciri `senarai hitam' yang ada pada kita harus dianalisis untuk melihat kelemahan diri, aras kematangan, aras kesabaran dan aras ketahanan diri. Daripada senarai yang menunjukkan perlakuan, maka perubahan serta penambahbaikan bolehlah dirancang dan dilaksanakan. Sebagai contoh perlakuan ponteng sekolah, membuli rakan, menghisap rokok, malas membuat latihan, tidak memberi perhatian dalam kelas, tidak berminat untuk belajar serta yang seumpama dengannya adalah di antara ciri-ciri diri yang membawa kehancuran dalam dunia pendidikan.

Hal ini harus ditangani segera agar `penyakit' ini tidak menular ke tahun 2009 dan orang yang patut mengambil tindakan ialah anda sendiri. Setiap kes harus dikaji dari akar umbinya agar seseorang itu dapat mengetahui punca perlakuan dan tabiat yang menjadi penyebab kepada tindakan yang negatif itu. Sebagai contoh perlakuan ponteng sekolah boleh berlaku berpunca daripada beberapa sebab yang mempunyai kaitan dengan perkara lain.

Pada peringkat permulaannya ponteng sekolah mungkin berpunca kerana bangun lewat. Kelewatan ini berlaku kerana pada malamnya seseorang itu terlibat dengan kegiatan lepak bersama-sama rakan yang lain. Penglibatan melepak dengan rakan-rakan mungkin kerana seseorang itu rasa jemu atau bosan dengan kerja-kerja rutin di sekolah tanpa memahami setiap topik dengan mendalam.

Tidak memahami isi mata pelajaran pula mungkin berpunca daripada tidak memberi perhatian dalam kelas kerana tidak berminat terhadap mata pelajaran atau topik tersebut. Perhatian dan minat ada kaitannya dengan pemahaman, penghayatan serta strategi belajar yang menjadi tanggungjawab semua pihak.

Apa yang ingin saya perkatakan di sini ialah setiap kelemahan yang berlaku pada diri seseorang itu mempunyai rangkaian yang berkaitan antara satu sama lain. Masalah tidak akan selesai jika kita hanya memberi tumpuan pada perlakuan itu sahaja tetapi perhatian dan pemulihan harus dibuat pada setiap rangkaian yang berkaitan yang menjadi punca berlakunya kelemahan tersebut.

Sebagai seorang pelajar, setiap kelemahan harus dikaji dengan melihat kembali tindakan-tindakan yang diambil, perhubungan dengan rakan sebaya, aras pemikiran, perasaan serta aras kebijaksanaan membuat keputusan dalam menentukan tindakan. Setiap tahap harus dibuat penambahbaikan agar kesilapan dan kelemahan yang sama tidak berulang pada tahun ini. Amalan dan tindakan yang positif harus dikekalkan dan diteruskan sebagai pegangan dalam kehidupan.

Nilai murni seperti menghormati ibu bapa, menghormati guru, bertolak ansur dengan rakan dan sentiasa bersifat peramah adalah di antara nilai diri yang mampu mewujudkan keharmonian, perpaduan serta mampu membina negara bangsa yang dinamis yang menjadi aspirasi negara sepertimana tercatat dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Sesungguhnya masalah disiplin berpunca daripada kurangnya penerapan nilai murni dalam diri seseorang.

Perasaan marah, bersifat kurang ajar, sombong, mementingkan diri sendiri, kurang didikan agama serta tidak bersifat toleransi adalah antara punca yang boleh mencetuskan pertengkaran sesama rakan yang mungkin berakhir dengan peristiwa yang tragis. Sebagai seorang pelajar, perkara begini harus dihindari kerana kesannya amat buruk dan boleh menjejaskan proses pembelajaran.

Nilai diri yang murni seperti bersifat rajin, bersemangat, bermatlamat, berjiwa besar dan berfikiran terbuka mampu menjadi tonggak kepada kecemerlangan diri serta benteng kepada segala bentuk cabaran. Nilai-nilai murni ini boleh diterapkan melalui aktiviti formal seperti pembelajaran dalam kelas atau secara tidak formal melalui aktiviti harian atau melalui program motivasi diri.

Diharapkan melalui amalan nilai-nilai diri yang murni mampu memberi ketenangan dan keselesaan menghadapi pelajaran dan seterusnya menghasilkan kejayaan pada tahun 2009 ini…

Kesilapan: Pengalaman Ke Arah Kejayaan

Sebagai manusia yang penuh dengan kekerdilan, kesilapan sering dialami. Walaupun tiada siapa yang inginkan kesilapan, tetapi jika berlaku ia akan membawa keruntuhan dan kemusnahan dalam kehidupan. Kesilapan dalam tindakan, kesilapan dalam menentukan keputusan atau kesilapan dalam sesuatu perkara teknikal membawa padah bukan sahaja pada diri sendiri tetapi juga melibatkan keluarga dan masyarakat.

Namun kesilapan bukanlah satu noktah dalam kehidupan. Oleh kerana kesilapan itu adalah hasil daripada sesuatu keterlanjuran, maka terdapat ruang dan masa untuk diperbetulkan agar “pisang tidak berbuah dua kali”. Justeru, setiap kesilapan yang dilakukan harus dilihat secara positif bukan sekadar merintih dengan penuh penyesalan tetapi menjadikannya sebagai pengajaran dan pengalaman untuk bangun semula dalam usaha mengejar kejayaan.

Sebagai seorang pelajar pelbagai cabaran harus dilalui sama ada dalam proses pembelajaran maupun dalam proses pergaulan. Setiap manusia mempunyai naluri yang akan mempengaruhi kehendak terhadap sesuatu perkara. Dalam usaha memenuhi kehendak maka manusia juga akan dipengaruhi di antara akal fikiran dengan perasaan yang bertunjangkan ego. Setiap kehendak yang berlandaskan fikiran akan melalui proses penapisan. Proses penapisan ini akan lebih mantap dengan adanya keimanan. Oleh itu setiap kehendak akan dikaji semasak-masaknya agar tidak ada pelanggaran dari aspek agama, sosial, etika maupun peraturan yang tersedia ada. Maka setiap kehendak akan memberi kebaikan dunia dan akhirat.

Di sebaliknya jika kehendak dipengaruhi dengan perasaan ego maka tidak ada penapisan yang berlaku pada perbuatan yang dilakukan. Malah pada ketika itu keegoan yang ada pada dirinya seolah-olah memberi kekebalan padanya sehinggakan sanggup melakukan apa sahaja perbuatan tanpa mengira kesan baik atau buruk, betul atau salah, bahaya atau selamat.

Setelah terperangkap dengan perbuatan yang menyalahi setiap penjuru kehidupan, atau menerima musibah hasil daripada tindakan yang salah, manusia akan melalui proses penyesalan. Adalah wajar seseorang itu menyesali segala kesilapan yang dilakukan oleh kerana penyesalan akan menimbulkan keinsafan. Keinsafan harus digandingi dengan usaha ke arah penambahbaikan agar kehidupan dapat diteruskan selagi hayat dikandung badan.

Segala pengalaman pahit harus dijadikan pengajaran yang mampu mengubah destinasi kehidupan. Sesungguhnya kegagalan yang dialami adalah titik tolak ke arah kejayaan yang bakal ditemui. Setiap langkah akan dibuat dengan lebih berhati-hati oleh kerana pengalaman mengajarnya menjadi lebih matang. Keazaman yang dibuat setelah mengalami kegagalan adalah merupakan keazaman yang berjejak di bumi nyata bukan keazaman yang bersifat khayalan. Dalam hal ini jika keazaman dilaksanakan dengan serius maka kejayaannya akan berlipat ganda malah dapat menandingi sesiapa sahaja termasuk mereka yang digeruni buat suatu ketika dahulu. Kita biasa dengar kisah pelajar yang gagal di peringkat permulaan tetapi akhirnya menjawat jawatan yang tinggi atau pelajar yang nakal tetapi akhirnya menjadi usahawan yang berjaya.
Sesungguhnya pengalaman amat berharga dan tidak boleh dijual beli. Setiap kegagalan itu adalah merupakan satu pengalaman yang harus dijadikan panduan ke arah penyambungan kehidupan seterusnya...

Wednesday, February 18, 2009

Layang-layang Putus Tali...


PERNAHKAH anda bermain layang-layang? Layang-layang boleh direka bentuk dengan begitu menarik mengikut pelbagai rupa, warna dan saiznya. Walaupun layang-layang akan melayang gagah di angkasa, tetapi jika putus talinya, ia akan menjunam ke bumi dengan seribu kemusnahan.

Begitulah juga dengan manusia yang memerlukan panduan dan bimbingan dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan cabaran. Kecantikan yang ada pada layang-layang tidak akan bermakna tanpa tali yang mampu menongkah angin dan melayang mengikut haluan. Anda sebagai seorang remaja juga seharusnya memerlukan panduan daripada guru, ibu bapa, rakan, jiran dan masyarakat keseluruhannya.

Segala teguran, nasihat, bimbingan daripada mereka sebenarnya mampu mematapkan diri kita dalam menuju destinasi kehidupan. Malangnya ramai di antara remaja yang menganggapkannya sebagai satu desakan, paksaan, kawalan yang menyekat kebebasan mereka.

Apa itu kebebasan yang dikehendaki oleh para remaja? Bebas bukan bererti boleh melakukan apa sahaja mengikut cita rasa sendiri tanpa mengambil kira kepentingan orang lain. Kebebasan sebenarnya membawa maksud kemampuan menggunakan kebolehan diri untuk mencapai hasilan melalui tindakan yang rasional ke arah kebaikan diri tanpa menggugat kesejahteraan orang lain.

Sebagai contoh kebimbangan ibu bapa terhadap anak-anak, perbuatan vandalisme, melepak, ponteng kelas dan sebagainya jelas menunjukkan tindakan, amalan atau sikap yang ada pada diri para remaja, menjejas kesejahteraan ibu bapa. Justeru, ini bukannya kebebasan yang harus dijadikan amalan pada diri remaja.

Sebaliknya jika para remaja mampu mengurus diri tanpa dipaksa seperti mengurus masa dengan sempurna, mengawal diri daripada melakukan perbuatan yang keji, mengikut ajaran guru dan ibu bapa, beretika, patuh pada peraturan dan undang-undang negara, beramal ibadah serta membantu ibu bapa dalam urusan rumah tangga, maka inilah dia kebebasan yang diharap-harapkan. Bebas daripada dipaksa, bebas daripada menyakiti hati guru, ibu bapa serta rakan-rakan serta berdikari dalam menjalankan segala urusan.

Adalah menjadi lumrah alam, setiap kehidupan akan mengalami pelbagai dugaan yang memerlukan kita meminta bantuan daripada mereka yang lebih berpengalaman. Namun segala nasihat dan panduan janganlah dianggap sebagai ”quran buruk” yang tidak boleh dipakai lagi. Malah ada yang sanggup menganggap ia sebagai kolot atau tidak mengikut peralihan zaman.

Setiap nasihat adalah baik, setiap larangan ada hikmahnya. Kita cari jalan penyelesaian, bukan jalan kebuntuan. Janganlah segala kemewahan yang ada pada diri kita berakhir dengan kemusnahan dek kerana kedegilan dan keegoan para remaja. Janganlah jadikan diri kita bak layang-layang yang putus talinya!

Pemikiran Mempengaruhi Tindakan..


ENGKAULAH apa yang engkau fikirkan... . begitulah ungkapan yang menjadi lirik lagu yang sering didendangkan oleh pelajar. Ungkapan di atas bermaksud fikiran membentuk keperibadian individu.

Kita sentiasa menggunakan fikiran ketika belajar, berbincang, bermain malah ketika tidur juga fikiran kita terus berfungsi, tambahan pula apabila bulan peperiksaan hampir tiba. Berbagai-bagai perkara yang difikirkan sama ada yang menyeronokkan atau yang mendukacitakan.

Apabila kita memikirkan sesesuatu yang menyeronokkan, wajah akan menjadi ceria, anggota badan menjadi ringan serta rajin untuk bergerak, jiwa merasa lega kerana tidak menanggung derita dan akhirnya diri akan lebih bersemangat untuk bertindak. Sebagai contoh jika ketika belajar kita memikirkan tentang kejayaan yang bakal kita kecapi, maka sudah tentu apa sahaja kesukaran yang mungkin kita temui dapat diselesaikan walaupun terpaksa bersusah payah berusaha untuk mencari jalan penyelesaian.

Sebaliknya jika fikiran kita sentiasa memikirkan tentang masalah yang mendukacitanya kita, maka wajah akan menjadi murung, anggota badan menjadi berat dan malas untuk bergerak, jiwa sentiasa resah serta terseksa dan akhirnya tidak mempunyai semangat untuk bertindak.
Sebagai contoh walaupun hanya sedikit kesukaran yang ditemui ketika belajar ia tidak mungkin dapat diselesaikan jika fikiran kita sentiasa memikirkan perkara-perkara yang negatif seperti kegagalan yang akan ditemui atau rintangan yang diluar daripada kesanggupan diri untuk menyelesaikannya.

Dari dua situasi di atas jelas menunjukkan bahawa pemikiran itu menguasai tindakan di mana akhirnya membentuk keperibadian seseorang.

Justeru, kita perlulah sentiasa berfikiran positif iaitu kita perlulah beranggapan bahawa apa sahaja masalah yang mungkin timbul dapat diselesaikan melalui usaha yang gigih. Setiap tindakan harus dilakukan secara terancang tanpa tergesa-gesa. Kejayaan tidak akan timbul dalam sekelip mata tetapi perlu mengejarnya secara berterusan tanpa berputus asa. Oleh itu jangan ketinggalan masa, bertindaklah segera....anda pasti berjaya!

Tuesday, February 10, 2009

Rahsia Bentuk Wajah Anda...


BUJUR SIRIH.... Bentuk wajahnya kelihatan panjang atau lonjong.. Keperibadiannya:- Sentiasa bekerja keras,bijak menangani masalah kewangan,memiliki sikap gigih yg luar biasa,memiliki perancangan hidup yg sangat jelas,ada kalanya agak ego...


BULAT.... Bentuk wajahnya kelihatan bulat dan sering dikaitkan dgn faktor ketembamam.. Keperibadiannya:- Peramah,berpewatakan ceria dan santai,bijak berkomunikasi namun gemar membuat sesuatu keputusan mengikut kata hati...


BERSEGI... Wajah berbentuk kotak atau kelihatan berbentuk seperti empat segi... Keperibadiannya:- Aktif dan gemarkan aktiviti yang berkaitan dengan sukan,Agresif dan bercita2 tinggi,memiliki daya ingatan yg tajam namun agak lembab dalam urusan C.I.N.T.A...


SEGI TIGA... Lebar dahi lebih besar berbanding bahagian wajahnya yang lain... Keperibadiannya:- Cerdik,pantas dlm melakukan sesuatu tugasan,terlalu aktif dan tidak tahu duduk diam namun agak kurg gemar memikirkan soal kesihatan diri...

Proses Kaunseling Online


Kaunseling online adalah satu bentuk perhubungan menolong yang dilakukan secara online (tidak bersemuka) dengan penuh professional oleh seorang kaunselor terlatih dengan klien mengikut kod etika kaunseling bagi mencapai kesejahteraan optimum untuk kehidupan klien.

Berdasarkan definisi berkenaan, kaunseling bukan sahaja boleh dilakukan secara bersemuka malahan telah didapati berkesan dilakukan secara online. Banyak kajian telah dilakukan bagi melihat keberkesanan penggunaan teknologi dalam hubungan teraputik antara manusia.

Menurut Akta Kaunselor (1998), kaunseling adalah satu proses hubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berdasarkan etika kaunseling. Kaunseling adalah berbeza dengan penasihatan atau bimbingan. Ianya merupakan modaliti menolong yang lebih profesional dan memerlukan latihan klinikal dan penyeliaan rapi.

Penasihatan dan bimbingan lebih memfokuskan kepada ‘masalah’ anda manakala kaunseling memberi penekanan dan tumpuan kepada diri anda yang sedang menghadapi ‘masalah’. Oleh itu, kaunseling mengambil masa yang agak panjang bagi menghasilkan perubahan positif yang diinginkan. Bagi saya tidak wujud ‘manusia bermasalah’ yang ada hanyalah ‘manusia dengan masalahnya’.

Anda mengambil keputusan menjalankan kaunseling online kerana anda inginkan sesuatu yang berlainan dalam hidup anda. Anda mungkin mahu mengubah situasi hidup anda, mencari jalan penyelesaian masalah, mahu membuat keputusan, atau mahu memahami apa yang sedang berlaku dalam kehidupan anda. Sebagai langkah pertama dalam proses kaunseling, anda dan saya akan meneroka perasaan anda dan keinginan anda dalam perkara yang anda mahukan perubahan atau pemahaman.

Apabila kita berdua telah saling memahami tentang situasi anda, saya akan membantu anda menghasilkan pelbagai cara dan alternatif bagi anda mencapai apa yang dimaksudkan. Agar kaunseling menjadi efektif, anda mestilah memberikan komitmen tenaga/usaha dan masa serta mengambil bahagian yang aktif dalam proses ini.


Monday, February 9, 2009

RAHSIA TARIKH LAHIR

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.
2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.
3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.
4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.
5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.
6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.
7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.
8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.
9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.
10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.
11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.
12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.

Sunday, February 8, 2009

ANTARA IQ, EQ, SQ DAN ESQ


Masyarakat Malaysia umumnya telah menyedari akan kepentingan motivasi di dalam diri mereka. Ini adalah kerana mereka merasakan diri mereka kosong dan tidak bermakna. Mengapa saya berkata demikian? Sedangkan kita tahu ramai rakyat Malaysia telah mengecapi kekayaan dan kesenangan. "Mengapa mereka perlu merasa kosong, sedangkan mereka boleh dapatkan apa saja?" Ini adalah persoalan-persoalan yang mungkin akan terkeluar dari mulut anda semua.
Sebenarnya makin kaya seseorang itu, makin mereka merasakan diri mereka kosong dan tidak bermakna. Hubungan mereka dengan keluarga makin renggang, hubungan suami isteri semakin longgar dan yang paling penting hubungan dengan Pencipta kita iaitu Allah s.w.t semakin jauh. Itulah yang dirasai oleh kebanyakkan daripada kita sekarang ini. Kita sedar akan bencana dan malapetaka yang berlaku disekeliling kita, dan kita tahu dunia semakin hari semakin menuju ke zaman kemusnahan (Kiamat). Dan kita sedar yang kita perlu bertaubat, tetapi berapa ramaikah diantara kita yang melalukannya (Taubat). Ini saya peringatkan diri saya juga.
Tidak mustahillah ramai diantara kita boleh merasakan diri mereka sekarang ini kosong dan tidak bermakna. Oleh kerana demikian, motivasi diri dan motivasi sahsiah diri diperlukan oleh semua orang. Sebab itu banyak syarikat-syarikat kecil mahupun besar berlumba-lumba untuk menghantar para pekerjanya ke kursus-kursus motivasi, bina insan, bina pasukan dan sebagainya. Ini adalah bertujuan untuk mengisi kekosongan hati para pekerja mereka.
Lebih daripada 10 tahun dahulu kita telah disogok dengan perlunya IQ (Kecerdasan Minda). Kemudian kita juga diperkenalkan dengan EQ (Kecerdasan Emosi). Ini adalah kerana apabila kita disogok dengan perlunya IQ, masyarakat telah lupa bahawasanya pentingnya mengurus emosi. Sehinggakan golongan interlektual dan golongan mempunyai tahap IQ yang tinggi tidak lagi mementingan dan menjaga emosi orang di 0sekitarnya. Oleh sebab itu, wujudnya EQ. Tetapi kita masih lagi merasakan diri kita tidak lengkap walaupun diri kita telah diperlengkapi dengan IQ (Kecerdasan Minda) dan EQ (Kecerdasan Emosi). Ramai yang mengatakan mereka masih lagi memerlukan sesuatu untuk diri mereka.
Sebagai pelengkap hidup ini, satu lagi elemen telah ditambah untuk memastikan hidup kita tidak lagi kosong. Rupanya selama ini, kita hanya mengejar duniawi tanpa menyedari bahawa pentingnya kita mengejar akhirat. Kita telah disogokkan dengan IQ (Kecerdasan Minda) dan EQ (Kecerdasan Emosi), tetapi itu semua bertunjalkan duniawi. Walhal kita tahu akan wujudnya alam akhirat. Oleh itu, sebagai pelengkap dan pengimbang antara dunia dan akhirat kita telah diperkenalkan dengan SQ (Kecerdasan Spritual). SQ ialah satu elemen yang membawa kita dekat dengan pencipta kita dan seterusnya memberi kita jaminan untuk kita bahagia di akhirat. SQ telah dianggap elemen yang menyelamatkan dan mengisi kekosongan yang selama ini dikecapi oleh masyarakat kita hari ini.
Hari ini IQ, EQ dan SQ telah bergabung dan menjadi ESQ. Iaitu gabungan yang terbaik buat masa ini akan boleh melahirkan mukmin yang sejati. Sebenarnya tanpa disedari perkara ini telah dijumpai oleh pemikir-pemikir barat dan mereka telah memperkenalkan perkara ini sudah lama, tetapi kita umat Islam sahaja yang masih mencari-cari perkara ini. Walaupun dalam Al-Quran dan Hadis telah dinyatakan, tetapi kita seolah-olah tidak sedar akan kewujudannya.